Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin tidak menolak keputusan untuk bekerja dalam sektor ekonomi gig menjadi antara penyebab calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaan utama berkenaan.
Bagaimanapun beliau menegaskan, sebahagian daripada kira-kira 25 ribu calon yang tidak menduduki SPM 2021 adalah calon persendirian.